TANIAH UNTUK PEMENAG ARDF OPEN V17

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada semua pemenang Kejohanan ARDF 2009 anjuran Wilayah V17
dan Pusat Ko KL.

Terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan ini dan diharap segala
pengalaman yang dikecapi sewaktu pertandingan dapat memberikan manfaat
dan faedah berguna kepada anda semua.

Saya mewakili pihak penganjur memohon ribuan maaf sekiranya terdapat
sebarang kecacatan sepanjang pertandingan ini diadakan dan berharap kami
dapat memberikan kepuasan kepada semua yang bertanding. Kami percaya
segala kejayaan tidak akan datang sekiranya tiada usaha dicurahkan. Oleh
itu, wajarlah kemenangan itu berpihak kepada anda semua.

Selaku penganjur pertandingan, kami berusaha sedaya upaya menyediakan
pertandingan yang terbaik dan keputusan yang adil kepada semua peserta.
Oleh itu, kami amat berbesar hati sekiranya tuan-tuan dapat berkongsi
dengan kami pengalaman yang didapati sepanjang kejohanan ini
berlangsung. Kami hanya menyediakan pertandingan dan sudah tentu
pengalaman bertanding ada ditangan anda semua.

Semoga setiap kejayaan tersebut tidak berhenti disitu, mudah-mudahan
anda semua akan berusaha ke peringkat lebih tinggi kelak.

Untuk Info lanjut bolehlah lawat:ARDF OPEN V17

73