ARDF Championship

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang terlupa akan ada ARDF Championship. Maka perlu refresh balik memori kawan-kawan kita semua.

Mulai hari ini marilah kita sama-sama membuat promosi menggalakkan ham radio seluruh malaysia dan lembah klang hadir pada ARDF Championship
5/4/09 ini.

Tolong war-warkan acara ini berlangsung bersama-sama:-
1) Eyeball QSO - bertemu dengan ham radio dan chit chat secara langsung. bertukar qsl card atau cenderahati.
2) Flea Market - Jualan peralatan ham radio. Terdapat 3 kedai utama yang menjual barangan radio berjenama ICOM, Yaesu, Kenwood, Diamond, Comet, MFJ etc. Juga Satu gerai menjual T-Shirt Radio amatur.
3) HF Stesen - Stesen untuk ham radio yang ingin ber'QSO' di HF dengan menggunakan Callsign Kelab/A License disediakan. Antena Yagi HF 3.5Mhz-28Mhz.
4) Pameran ham radio. Pameran peralatan ham radio* (akan dipanjangkan pada beberapa ham radio yang mempunyai koleksi radio/peralatan homebrew yang boleh dipamerkan. Juga salinan Award-award QSO dipamerkan.

Diharap bantuan rakan-rakan ham radio agar dapat di maklumkan pada semua newsgroup/mailing list/forum/melalui freq/suara kepada komuniti Pradas, Astra, Astra tengah, PBSM, Mares, Marts, Marts Tengah, V99, V66, V68, V17, V70,semua komuniti V, Republik of Gombak, AKRB, Segamathamclub, PKK, Pengakap, 4X4 Group, Kenari/Waja/Proton/Myvi/Viva radio group, Jasra, Paras, Nesrec,Myardf Penang, ARECTMJ, Uniarm, Procc, Pemancar, SP Ham Radio, AST Ham radio, serta semua komuniti radio yang berkait rapat dengan hobi radio.

Diharap dengan bantuan rakan-rakan menghebah dan menjemput rakan-rakan hadir ini dapat membantu memeriahkan majlis ARDF nanti dan seterusnya membantu mengisi aktiviti sampingan pertandingan seakan Mini Hamfest ;)

Selamat menghebahkan :)
De Admin

No comments: