NOTIS PENUNDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG KE-TUJUH MARES - 16 MAC 2008

Saudara/Saudari,

NOTIS PENUNDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG KE-TUJUH MARES

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Agung Ke-Tujuh MARES telah DITUNDA ke hari

Tarikh : Ahad – 16hb Mac 2008
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Rumah Kelab MARES, 4A Jalan Tinggi 6/12 Seksyen 6 46000 Petaling Jaya
Aturcara :
09.00 pagi - Pendaftaran Ahli
10.00 pagi - Mesyuarat Agung dimulakan.

Agenda:
i. Perlantikan Pengerusi Majlis
ii. Pembentangan Laporan Tahunan
iii. Pembentangan Laporan Kewangan
iv. Perkara Berbangkit
v. Perletakan Jawatan Exco 2006-2007
vi. Perlantikan Exco 2008-2009
vii. Ucapan Penangguhan
12.30 tghari - Jamuan makan

Penundaan ini adalah di atas permintaan ahli-ahli dan telah dipersetujui oleh Presiden.
Saudara/Saudari sebagai Ahli MARES adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung ini.
Untuk menjimatkan kos, semua ahli-ahli dalam kawasan Lembah Kelang boleh mendapatkan naskah Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan di rumah kelab di alamat 4A Jalan Tinggi 6/12, Seksyen 6, 46000 Petaling Jaya. Jika anda perlu ia boleh juga didapati dengan memesan melalui e-mel: admin@mares.org.my . Cuma naskah yang terhad sahaja akan disediakan dihari Mesyuarat Agung nanti.
Kehadiran saudara/saudari sangatlah di hargai demi perjuangan persatuan.

Salam hormat.

AZIZUL GHAZALI, 9W2FD
Setiausaha Kehormat
s.k:
1) Y Berusaha Presiden MARES
2) Pendaftar Pertubuhan Cawangan Wilayah Persekutuan
* Surat Notis Penundaan Mesyuarat Agung ke 7 MARES, telah dihantar pada 18 Februari 2008.
NEVER SEND SPAM. IT IS BAD.

Petikan Dari: MARES

No comments: