Bagaimana Menggunakan Pengulang (Repeater).

Pengulang adalah menyerupai satu stesyen yang tidak mempunyai operator, selalunya terletak di tempat yang TINGGI seperti atas bukit atau bangunan tinggi. Kebiasaannya pengulang di tempatkan di satu kawasan yang TINGGI. Pengulang berfungsi memancar semula isyarat lemah atau kuat dari Pemancar Radio Bimbit (Walkie Talkie / Handie Talkie)atau pemancar dari kenderaan (Mobile) kepada kawasan yang lebih LUAS
dan JAUH dari kebiasaannya tanpa menggunakan pengulang. Malahan isyarat dari Pemancar kenderaan yang sedang bergerak (Mobile) lebih mantap dari biasa tanpa pengulang.

Pengulang terdiri dari PENERIMA (RX / Input) dan PEMANCAR (TX /OUTPUT) berserta beberapa peralatan kawalan dan penapis atau dikenali sebagai "DUPLEXER". Dengan bantuan penapis ( Low / High Pass Fillter), membolehkan ia berfungsi memancar dan menerima dalam masa yang sama. Berbeza dengan komunikasi biasa dilakukan seperti diantara dua stesyen (Simplex) yang hanya menggunakan satu frekuensi sebagai penerima dan memancar dalam frekuensi yang sama. Pengulang 2 meter Radio Amatur
mempunyai Frekuensi Menerima (Input Frequency) 600 kHz lebih rendah dari Frekuensi Memancar (Output Frequency).

Untuk mengguna atau memasuki pengulang, pastikan anda Pemancar Terima (Transceiver) anda berada dalam Frekuensi dan konfigurasi yang betul,kemudian anda umumkan "9W2BBA di frekuensi" (9W2BBA on frequency) atau "9W2BBA bersedia untuk panggilan" (9W2BBA standing by for a call). JANGAN umumkan "9W2BBA mendengar" (9W2BBA listening) serta lepaskan butang PTT (Push to Talk) dan berharap seseorang akan memanggil anda.
Anda sebenarnya mengumumkan 'anda hanya mendengar' (monitor) dan tidak menunjukan keinginan untuk berkomunikasi (QSO).

Jika konfigurasi anda betul pengulang akan memancar isyarat anda. Jika tiada jawapan ia hanya meningalkan bunyi pembawa gelombang (Carrier), senyap selepas beberapa ketika.

Adalah penting anda memantau atau mendengar di pengulang, memancar serta mengumukan apa-apa maklumat atau isyarat akan boleh didengar, mungkin anda atau orang lain. Anda tidak mungkin mendengar dari stesyen yang sedang bergerak secara terus, memberikan status isyarat (Signal Report) adalah cara yang amat baik untuk diperaktikan. Laporan status isyarat (Signal Report) adalah terhad kepada anggaran berapa kuat pancaran Stesyen yang sedang bergerak diterima di Penerima Pengulang (Input Repeater) bukan isyarat di radio penerima anda. Ada tiga peringkat yang selalunya kedengaran: PERTAMA 'SENYAP' tiada langsung kedengaran bunyi kebisingan (Noise) pada latar belakang. KEDUA 'KEBISINGAN HALUS' (Smooth Noise) seperti hanya sedikit bunyi bising "HISS" dalam isyarat. KETIGA "KEBISNGAN KASAR" (Rough Noise)
amat sukar difahami kerana kebisingan latarbelkang yang tinggi, seperti 'Crackling' atau terputus dengan bunyi gangguan.

Sesekali mendengar melalui Frekuensi Penerima (Input frequency)pengulang semasa sedang berkomunikasi di pengulang adalah idea yang baik, tujuannya adalah untuk memeriksa samada stesyen tersebut boleh didengar tanpa bantuan pengulang jika ia berdekatan. Adalah tidak baik untuk memperaktikan berkomunikasi menggunakan pengulang bila komunikasi secara terus (Simplex) boleh dibuat. Berpindahlah (QSY) ke
frekuensi simpleks (Simplex) dan biarkan pengulang terbuka kepada panggilan kecemasan atau stesyen yang jauh untuk menggunakannya.

Setiap pengulang adalah dikongsi oleh banyak operator atau stesyen,jadi setiap komunikasi atau percakapan itu hendaklah setiasa pendek dan padat (KISS - Keep It Short and Simple). Lebih bersesuaian bercakap untuk jangka masa tidak lebih dari dua hingga tiga minit dan berhenti atau biarkan Pengulang kosong (Pause) dalam satu atau dua saat diantara dua stesyen sebelum mengambil PTT, tindakan ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mana-mana stesyen atau operator untuk membuat panggilan masuk (Break-In) atau kecemasn. Setiap pengulang mempunyai ciri "characteristics" tersendiri penggunanya:- cara terbaik yang harus dipatuhi ialah: "Dengar dengan baik sebelum memancar transmisi".

INGAT!!! Perlu Ingat' agar tidak menjerit atau tinggi suara kepada PTT dan kedudukan hendaklah dalam jarak yang betul diantara mulut dan PTT, untuk kualiti audio yang bagus kepada penerima. Seorang operator yang bijak sentiasa menguji kualiti audionya semasa ke udara.

Menggunakan KUASA PANCARAN TINGGI tidak banyak membantu sebenarnya. INGAT tidak kira berapa tinggi atau rendah kuasa yang memasuki pengulang, kuasa yang keluar (Pancaran) tetap pada tahap yang sama seperti yang telah ditetapkan untuk pancaran pengulang tersebut. KUASA PANCARAN TINGGI juga boleh menyebabkan kekerapan berlaku kepada lain-lain pengulang yang berdekatan. Gunakan kuasa hanya pada tahap yang bersesuaian kepada pengulang yang anda rasa bersesuaian dengan lokasi anda. Ingat!! bila membuat pancaran kepada "Satellites" anda berhubung melalui pengulang yang telah dikonfigurasikan supaya tutup secara otomatik apabila terlebih penerimaan kuasa pancaran masuk.Dalam semua perkara mengenai pengulang menggunakan kuasa pancaran yang bersesuaian sudah mencukupi untuk mengujudkan satu komunikasi yang
berkualiti.

73

Petika Dari 9W2BBA

9W2SNA

No comments: