Jemputan ke V17 ARDF OPEN 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Komuniti Wilayah V17 dengan bangga menjemput semua warga radio amatur dan peminat radio komunikasi di Malaysia menyertai pertandingan Amateur Radio Directional Fox Hunting (ARDF) anjuran Komuniti Wilayah V17 bersama Pusat Kokurikulum WP Kuala Lumpur.

Acara ini julung kali diadakakan terbuka buat semua komuniti radioamatur samada Marts, Astra, Mares, Parts, Pradas, SCS, Jasra, AKRB,Paras, Komuniti Radio Amatur dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor,Melaka mahupun komuniti-komuniti kecil seperti V33, Vee99 dan komuniti bukan radio amatur tetapi berminat dengan teknik membangunkan perkakasan radio mencari isyarat disamping beriadah dalam hobi ini.

Tujuan acara ini di adakan adalah bertujuan untuk mewujudkan semangat berkerjasama, bersukan dan bersaing yang sihat dikalangan peminat radio amatur atau peminat hobi elektronik melalui cara pembangunan (homebrew) peralatan, kecergasan dan kecekapan minda. Dan yang penting para peserta dapat menguji keberkesanan hasil homebrew masing-masing. Radio amatur bukan sahaja sebagai satu wadah komunikasi buta semata-mata tetapi satu ruang mengaplikasikan apa yang kita cenderung kepada satu kemuncak pengujian tahap kejayaan kita bereksperimen.

Antara pertandingan yang akan dipertandingkan ialah (rujuk laman webrasmi wilayah V17 utk sebarang perubahan):

1)Antena ARDF terbaik (Setiap antena yang dibangunkan oleh peserta akan disaring mengikut kriteria teknikal seperti SWR, galangan, kekemasan etc)

2)Pertandingan Fox Hunt Individu (Hadiah utama ialah sebuah Transceiver popular)

3)Pertandingan Fox Hunt Berkumpulan (Hadiah misteri tetapi sangat dicari)

4)Pertandingan Slalom Fox Hunt (Pertama kali dibawa ke Malaysia mungkin dimana terdapat beberapa antena yang memancar dimana peserta yang duduk harus mencuba mendapatkan susunan antena yang memancar di hadapannya. Mudah!)

Dan Acara Flea Market di tapak acara.

Demi memastikan peluang tuan-tuan menang dalam pertandingan ini, jaguh-jaguh V17 seperti Raymond dan Fadhil serta sekutu V17 tidak dibenarkan bertanding tetapi bertindak sebagai panitia sahaja.

Bagi yang ingin memiliki transceiver radio amatur - Model popular (antara hadiah utama) boleh lah mencuba nasib. Hadiah-hadiah lumayan menanti anda ;)

Acara ini akan diadakan pada 8 Mac 2009 ini.

Lokasi - Kuala lumpur, lebih detail akan dimaklumkan melalui laman web rasmi V17 di http://wilayahv17.blogspot.com atau http://v17ardf2009.blogspot.com

Nah.. tunggu apa lagi, bangunkan antena fox hunt anda.. charge kembali handie talkie anda yang dah berhabuk dan bersedialah memenangi hadiah menarik pada 8 Mac ini !! Inilah masanya anda menunjukkan kejantanan tuan-tuan. Jumpa di sana!!

Penyertaan dan pertanyaan lanjut bolehlah email kepada

wilayahv17@gmail.com
Maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa. Tunggu!!

No comments: