MENYAHUT CABARAN ''FOX HUNT 2008"

WILAYAH V17 BOLEH....
Aktiviti Menjelang Pertandingan Fox Hunting
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Coretan ringkas tapi cukup untuk memanaskan tuan-tuan agar ikut sama bertarung bersama kami di Pertandingan Mencari Musang di Tasik Titiwangsa hehehe..

Pada ahad lepas saya bersama-sama dengan ayam tambatan wilayah V17 yang akan menyertai Fox Hunting pada 20hb ini melakukan latihan tubi Mencari Musang di Tasik Titiwangsa. Atas dasar privisi, beberapa bahagian gambar terpaksa ditutup agar para pembaca blog ini yang akan menyertai pertandingan ini berfantasi hehehehe...

Dan demi moto atau matlamat tertubuhnya club WILAYAH V17 kami menyahut seruan rakan-rakan...
Ajukan antena pada isyaratnya bukan pada orang











Rahman 9W2CIA dan antena tambahan beliau :)







Opss... Bluetooth nya belum dipasang pak!










Talib, PRO dan SMF sedang menyediakan 'gadget'








Gaya mau ada....










dan bila isyarat sudah mari.. berlari!




Dan potong orang depan.. masa amat-amat bernilai










Rakan yang cuba menjejak musang di atas jalan raya "berhati-hati bang kancik dan rusa ada lah"..a










Disebalik sekumpulan tadi terdapat satu lagi kumpulan fox hunter yang lebih ganas! Antena yang digunakan terlalu hebat hinggakan berjaya sampai dulu walaupun secara berjalan bersama isteri yang sarat mengandung.. huh! Jenis antena adalah rahsia!! :)




Bunyik agak kuat mungkin ada musang tersembunyik di sini






"Musang telah di temui"



Dan benda yang dicari telah ditemui!
Terselit....
Dibalut dengan lapisan penyamaran.. takut mudah ditemui oleh peserta.. dan pemungut sampah di taman tersebut.

Ini dia




"MUSANG BERANTENA"












Selesai latihan, satu sesi perbincangan bagaimana membuat penambah baikan menjelang hari pertandingan. Banyak perkara baru yang dipelajari. Juga banyak penambahbaikan dari segi teknik dan antena itu sendiri. Tn Hj. Rashid, selaku ahli khariah dan penasihat V17 kawasan Ampang sudi meluangkan masa hadir memberi sokongan moral dan berkongsi pengalaman. Dimaklumkan tambahan satu lagi pasukan mewakili warga veteran Ampang akan menyertai V17.



Tn. Haji membacakan sesuatu pada antena fox hunting salah seorang bakal peserta yang bermasalah.

Dan hasilnya.. bacaan SWR meter melalui meter MFJ antena analizer menunjukkan peningkatan membanggakan!
Diakhir perbincangan dan chit chat.... terasa kelainan pada hobi ini. Keseronokkan yang tiada dialami jika para pembaca hanya sekadar melekat pada aktiviti-aktiviti tradisional dalam hobi ini. Jiwa segar, otak cerdas dan badan sihat!



Demikian coretan saya. Tuan-tuan akan merasai sesuatu yang berbeza.... bagaimana yang berbeza itu? Belum cuba belum tahu.... Kemenangan bukanlah perkara penting dalam pertandingan ini.
Apa yang penting ialah hasil homebrew anda dapat dipertonton, diuji dan membuktikan keupayaan para pembaca sendiri sebagai pengendali radio amatur multi mode dan multi skill!!! Sebab itu bukan sahaja hadiah untuk kemenangan disebabkan dapat mencari Fox tetapi Teamwork dan Hasil Homebrew terbaik juga ada permarkahannya.

Masa masih banyak lagi.. ayuh ramai-ramai menyertai Pertandingan Memburu Musang atau datang memberi sokongan moral pada warga V17.


73!!

P/S : Khabarnya Warga Republik Of Gombak atau V33 juga akan menghantar wakil.. Syabas! Tapi mana lagi komuniti yang lain? Tunjukkanlah kejantanan mu hhehehe..

PETIKAN INI DIPETIK DARI PADA BLOG JURUKAKA

KAMI RAKAN-RAKAN DE V17 UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA JURUKAKA KERANA SUDI MEMBERI SEMANGAT KEPADA RAKAN-RAKAN DI V17

" AKTIF DI UDARA - AKTIF DI DARATAN -DE WILAYAH V17"

No comments: