Majlis Berbuka Puasa Dengan Anak Yatim

Kerpada Rakan-Rakan Ku....(Petikan Dari 9W2AXE)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, satu program berbuka puasa dengan anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong akan diadakan pada Ahad, 23 September 2007 ini. Majlis adalah anjuran 9W2AXE bersama rakan-rakan radio amatur.

Rumah Amal Limpahan Kasih, mempunyai seramai lebih kurang 60 orang penghuni, yang terdiri daripada kanak kanak lelaki dan wanita (30%) berumur dari 3 hingga 15 tahun.

Selain daripada program berbuka puasa, satu kutipan derma juga akan diadakan. Penghuni rumah tersebut memerlukan bantuan wang tunai, keperluan persekolahan, pakaian, makanan, perabut terpakai, basikal (untuk anak-anak ke sekolah) dan permainan. Mana-mana rakan yang mempunyai barang diatas bolehlah menderma kepada rumah tersebut. Walau bagaimanapun, diminta agar barang-barang yang hendak didermakan dipastikan dalam keadaan baik.

Aturcara Program adalah seperti berikut:-

Tarikh: Ahad 23 September 2007
Masa: 4.00 petang - 9.00 malam
Lokasi: Rumah Amal Limpahan Kasih, Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Sri
Aman, 47100, Puchong, Selangor.
Peta Lokasi: Sila lihat disini -
http://www.mares.org.my/pix/map-anakyatim07.jpg


Aturcara Majlis:

* 4.00 petang - Joyride dengan kenderaan 4x4 untuk kanak-kanak *
* 7.00 petang - Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib
* 8.00 malam - Jamuan makan malam dan demonstrasi radio amatur

* Diminta rakan-rakan ham yang mempunyai kenderaan 4x4 dijemput hadir
bagi acara ini.

Kami menjemput semua rakan-rakan radio amatur, untuk menghadiri dan membantu acara ini. Bantuan terutamanya diperlukan dalam semasa penyediakan makanan dan memasak, dan juga ketika acara Joyride 4x4 bersama kanak-kanak yatim. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saudara Azhar 9W2AXE di talian 019-2225724 (atau SMS) atau melalui email di 9w2axe@gmail.com.

Semoga bantuan yang diberikan akan mendapat rahmat dan diberkati. Kami
mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan bantuan yang diberikan.

73 on behalf 9W2AXE

p/s: Tolong sahkan kehadiran anda dengan 9W2AXE dengan kadar segera, bagi mementukan jumlah makanan yang akan diperlukan/dimasak.

Terima kasih.

P/S: BERAMALLAH ...HULURKANLAH BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...SEMOGA ANDA DI BERKATINYA..AMIN

73
ADMIN
(9W2SNA)

No comments: