Berita harian hari ini 15.08.2007

Alat kesan gelombang mudah dibeli

JAWATANKUASA Penaja Persatuan Pengguna-Pengguna Prihatin Selangor &Wilayah Persekutuan tertarik siri laporan khas yang disiarkan BuletinUtama TV3 baru-baru ini mengenai jenayah mencuri barang elektronikdalam kenderaan.

Memang menjadi tanggungjawab sosial media mendidik masyarakat danmembantu mengurangkan kadar jenayah.

Paparan ini menarik minat pelbagai pihak dan menyedarkan masyarakatterhadap langkah perlu diambil segera untuk menghindarkan daripadamenjadi mangsa.

Penjelasan Zulkifli Harun, pereka cipta negara membuka mata banyakpihak, terutama agensi penguat kuasa

Walaupun ada pelbagai peralatan canggih digunakan, kreativitipenjenayah dan usaha mencipta serta memanipulasi amat hebat.

Bagaimanapun, apa yang paling ditakuti pengguna adalah lambakanperalatan digunakan begitu mudah didapati di pasaran terbuka.Kebanyakan peralatan itu boleh didapati di kedai elektronik dan pasardi ibu kota. Kebanyakannya barang buatan China dan murah.

Seperkara lagi ditakuti, tanggapan masyarakat terhadap pengguna radioamatur berlesen.

Sekiranya diteliti, kebanyakan peralatan digunakan penjenayah adalahperalatan uji kaji (experimental equipment) yang digunakan pengamalradio amatur di negara ini.

Pengesan gelombang (frequency detector), transceiver radio danpengimbas gelombang adalah antara peralatan biasa digunakan peminatdan pengamal radio amatur di negara ini.

Transceiver radio bimbit adalah alat popular digunakan pengguna radioamatur berlesen kerana mudah dibawa dan ringkas. Alat ini sebenarnyamurah dan boleh didapati dengan mudah di kedai elektronik tanpa perlumenunjukkan lesen radio amatur dengan pilihan pelbagai ferkuensi.

Jawatankuasa Penaja Persatuan Pengguna-Pengguna Prihatin Selangor &Wilayah Persekutuan amat bimbang dengan perkara ini. Kerajaan melaluiagensi sedia ada perlu mengambil langkah drastik dan tindakan segerabagi mengekang perkara itu.

Harus diingat, memperketat undang-undang dan mengawal penggunaanperalatan sebegini amat perlu, tetapi pengguna dan pengamal radioamatur perlu dilindungi untuk hobi ini terus berkembang dan bolehdimanfaatkan pada rakyat.

Kawalan ketat, larangan dan sekatan perlu mengambil kira pelbagaifaktor lain.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus lebih sensitifdalam hal ini. Lambakan barang buatan China tidak berkualiti perludisekat supaya tidak membahayakan penggunanya.

MOHD ASRI SHAFII
Setiausaha 1Jawatan kuasa Penaja
PersatuanPengguna-Pengguna Prihatin
Selangor & Wilayah Persekutuan

No comments: