Pepatah yang terpatah..

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan d**enang inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
26. Takkan lari gunung d**ejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
27. Patah tumbuh, hilang report polis.
28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit. takkan kedekut sangat.
34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la .. cam penjara.. keras tu..
35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Frekuensi baru 9M4RES

Info: Perubahan Frekuensi 9M4RES

Dimaklumkan bahawa repeater 9M4RES kini telah ditukar frekuensi kepada konfigurasi berikut:-
Frekuensi : 147.775 Mhz
Shift : -0.600 Mhz
Tone : 123.0 Khz

Diharap agar semua ahli dapat mengemaskini peralatan masing-masing.
Terima kasih dan
73.

BUKIT MELAWATI (1.04.2007)

MAKLUMAT KEPADA RAKA-RAKAN

PADA HARI AHAD INI (1.04.2007) RAKAN- RAKAN DI WILAYAH V17 AKAN MENGADAKAN AKTIVITI MENDAKI DI BUKIT MELAWATI. KEPADA RAKAN-RAKAN HAM YANG INGIN BERMINAT UNTUK TURUT SERTA ATAU INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG AKTIVITI INI BOLEH LAH BERHUBUNG TERUS 9w2CIA (RAHMAN) ATAU 9W2JIB.
RAKAN -RAKAN JUGA BOLEH MEMANGGIL MEREKA DI V17 @ 145.2125

SEKIAN TERIMA KASIH
73
DE 9W2SNA

AKTIVITI DI V17 (18.02.2007)

RAKAN-RAKAN DI WILAYAH V17 AKAN MEGADAKAN AKTIVITI HF DXING DI KAWASAN HULU YAM SELAMA 2 HARI 1 MALAM. BERMULA PADA 18.02.2007 & 19.02.2007. JIKA ADA RAKAN-RAKAN BERMINAT UNTUK TURUT SERTA BOLEH LAH BERHUBUNG TERUS 9W2SQ-012-3091295 (SABRI) @ 9W2DAD-012-3055596 (ZAINUDDIN)

73

TERIMA KASIH
DE 9W2SNA

Aktiviti February 2007

RAKAN-RAKAN DI WILAYAH V17 AKAN MEGADAKAN AKTIVITI RADIO CAM P. DI GUNUNG NUANG, HULU LANGAT. SELAMA 2 HARI 1 MALAM. BERMULA PADA 24.02.2007 & 25.02.2007. JIKA ADA RAKAN-RAKAN BERMINAT UNTUK TURUT SERTA BOLEH LAH BERHUBUNG TERUS 9W2JIB- 0137266386 @ 9W2FOR- 012305180273

73
TERIMA KASIH
DE 9W2SNA

Aktiviti February 2007

2 - Feb 2007 - Eyeball Di Wangsa Melawati (Antena Klinik)
4 - Feb 2007 - Radio Camp. Bukit Dinding
8 - Feb 2007 - Sek. Sri Delima Jalan Ipoh (Radio Camp)
9 - Feb 2007 - Eyeball -
11 - Feb 2007 - Solder Technique - 9W2DAD
16 - Feb 2007 - Eyeball - Wangsa Melawati
18 & 19 - Feb 2007 - Radio Camp. - Ulu Yam HF DXing (2 Hari 1 Malam)
23 - Feb 2007 - Eyeball -
24 & 25 Feb 2007 - Gunung Nuang Hulu Langat .....

Segala Perubahan Akan Di beritahu Kemudian....Sama Ada Diudara @ Di daratan...
Segala Kemuskilan Sia Hubungi 9W2ZIT @ 9W2SNA DI V17- 145.2125

Radio cam di bukit dinding

RAKAN-RAKAN DI WILAYAH V17 ADAN MENGADAKAN RADIO CAMP. DI BUKIT DINDING PADA 4.02.2007 (AHAD) . KEPADA YANG BERMINAT BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS KEPADA 9W2ZIT (ZUL) , 9W2SMF (LEBAI FADIL), 9W2FOR (FAUZAN), 9W2CIA (MAN). DI V 17@ 1450.2125.

73
Shah@9w2sna

Kelender Aktiviti - January 2007

Pengesahan Dari Pada:
9W2 ZIT

05.01.2007 Jumaat - Eyeball (Felda -Sup)
06.0.2007 Sabtu - Radio Aamp. Bkt 215 - Taman Melawati
08.01.2007 Isnin - Eyeball Nz Curry House (MARTS)
12.01.2007 Jumaat - Eyeball (Felda - Sup)
19.01.2007 Jumaat - Eyeball (Wangsa Melawati Berhadapan Klinik Keluarga)
21.01.2006 Ahad - Radio Cam. Bkt. 215 (Taman Melawati)
23.01.2007 Selasa - Malam SWAL Di V17@ 145.2125 (9.00PM - 10.00PM)
26.01.2006 Jumaat - Eyeball (Felda - Sup)
30.01.2007 Ahad - Malam SWAL Di V17@145.2125 ( 9.00PM - 10.00PM)

De 9W2SNA

Wilayah V17




Wilayah V 17 Telah Ditubuhkan pada 2006. Ia ditubuhkan atas usaha rakan-rakan di kawasan Keramat, Lembah keramat , Ampang, Wangsa maju Dan wilayahnya...Kami di wilayah V17
telah bersetuju menjadikan V17 @ frekunsi 145.2125 sebagai calling channel di kawasan ini. Ia bertujuan mengeratkan lagi pertalian persahabatan diantara rakan-rakan ham. Jika ada rakan-rakan yang melalui kawasan @ daeran V17 boleh lah memanggil rakan-rakan di V17.